T417 (bas Rapid KL)

Laluan bas T417 (MRT Batu 11 Cheras–Taman Karunmas) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T417 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Batu 11 Cheras di Selangor dan menuju ke kawasan petempatan Batu 11 Cheras, Taman Cheras Jaya, Taman Dutamas, Kampung Baru Balakong, Taman Impian Ehsan, Taman D'Impian Tropika, Taman Setia, Taman Desa Karunmas dan dua kawasan perindustrian iaitu Taman Industri Balakong Jaya dan Taman Perindustrian Alfa Impian.[1][2][3]Laluan bas ini berkhidmat di 38 buah hentian bas,[1] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Julai 2017, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Kajang (PYL) fasa kedua dari stesen MRT Muzium Negara ke stesen MRT Kajang.[4][5] Laluan bas T417 merupakan satu daripada 23 buah laluan bas perantara MRT Laluan Kajang yang diperkenalkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang fasa kedua.[5][6] Laluan bas T417 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[1]

T417 (bas Rapid KL)

Status Beroperasi
Jenis perkhidmatan Perkhidmatan bas pengangkutan awam
Melalui petempatan
Senarai petempatan
    • Batu 11 Cheras
    • Taman Cheras Jaya
    • Taman Dutamas
    • Kampung Baru Balakong
    • Taman Impian Ehsan
    • Taman D'Impian Tropika
    • Taman Setia
    • Taman Industri Balakong Jaya
    • Taman Perindustrian Alfa Impian
    • Taman Desa Karunmas
Hentian/stesen bas 38 hentian
Jadual laluan Jadual T417 (2020)
Melalui
Senarai jalan raya
Lokasi Lembah Klang, Malaysia
Kekerapan 20–40 minit
Titik mula MRT Batu 11 Cheras (Pintu A)
Perkhidmatan bermula 16 Julai 2017; 6 tahun yang lalu (2017-07-16)
Melalui mercu tanda
Senarai mercu tanda
    • Plaza Kasturi
    • AEON Cheras Selatan
    • Hospital Columbia Asia
    • Kawasan Perniagaan Desa Ria
    • Apartmen Merpati
    • Apartmen Serindit
    • Apartmen Flora
    • Apartmen Rakyat
    • Apartmen Zapin
    • Dewan Taman Impian Ehsan
    • Flat Taman Desa Karunmas
Jenis laluan Laluan perantara
Waktu malam Ada
Zon Koridor Cheras
Pertukaran ke laluan lain
Depot Depoh Bas Kajang
Titik tamat MRT Batu 11 Cheras (Pintu A)
Hari operasi Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
Kekerapan hari minggu 30–60 minit
Pengendali Rapid KL (Rapid Bus)
Route map
Route map
← T416 Laluan bas di Lembah Klang T418 →

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: T417 (bas Rapid KL) https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk?route=76... https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-kl/bus/ https://myrapid.com.my/wp-content/uploads/2020/12/... https://web.archive.org/web/20170809033710/http://... https://web.archive.org/web/20170723130349/http://... https://web.archive.org/web/20181122125122/https:/... https://web.archive.org/web/20240128093954/https:/... https://web.archive.org/web/20160425224952/http://... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/t-417-j... http://www.spad.gov.my/land-public-transport/buses...